Tuesday 22 February 2011

Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Hari yang dinantikan oleh rakyat Brunei Darussalam iaitu, Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-27 akan berlangsung pada 23hb Februari 2011M, hari Rabu bersamaan dengan 20 Rabiulawal 1432H. Seperti tahun-tahun yang sudah, Perhimpunan Agung Hari Kebangsaan akan diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan. Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah "Negaraku Brunei Darussalam."

Mengikut sejarah Brunei, Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien pernah menjadi saksi laungan "Allahuakhbar" sebanyak 3 kali semasa mencapai kemerdekaan dan kedaulatannya pada 1 Januari 1984M - yang kemudiannya disambut pada 23hb Februari setiap tahun.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ini dengan penuh keikhlasan dan kecintaan terhadap negara kita sendiri.

BRUNEI DARUSSALAM NEGARA YANG AMAN DAN MAKMUR.

p/s : Some of PTBB's members will be there for marching and waving the flag. :D



PR & Publicity Unit,
Students of Pusat Tingkatan Enam Katok.

No comments:

Post a Comment