Sunday 27 February 2011

Galeri 'Plan Induk Bandar Seri Begawan'

Assalamu'alaikum.

Ahad 27hb Februari, semua ahli kelab PTBB telah membuat lawatan ke Galeri 'Plan Induk Bandar Seri Begawan' - Dewan galeri Jabatan Bandaran, Jalan Catur. Alhamdulillah, lawatan ini berjalan dengan lancar. Segala informasi disampaikan oleh "instructor" di sana. Kami bukan hanya membuat lawatan tetapi ianya juga lawatan sambil belajar. Sedikit sebanyak kami mengetahui plan - plan yang dirancang oleh kerajaan Brunei yang dijangka akan siap lebih kurang pada tahun 2035. Dengan lawatan ini, ianya membolehkan kami semua untuk menyampaikan maklumat pada masa akan datang kepada orang ramai atau pelancong.

Inilah pengalaman kami yang tidak akan dilupakan dan tidak akan disia-siakan. Dengan lawatan ini, kami berharap, orang ramai juga akan membuat lawatan seperti yang kami lakukan, inda kira secara berkumpulan ataupun persendirian.

















Diakhiri dengan ucapan terima kasih yang disampaikan oleh Presiden PTBB Ak. Md Zulhelmi. 



PR & Publicity Unit,
Students of Pusat Tingkatan Enam Katok.

No comments:

Post a Comment