Monday 28 February 2011

PTBB di Pelita Brunei

Presiden Kelab PTBB telahpun ditemu ramah oleh wakil dari Pelita Brunei bersempena dengan Hari Kebangsaan kali ke-27 baru-baru ani. Di atas merupakan keratan dari akbar tersebut.

Kata-kata hikmah untuk hari ini, 28/2/2011

Hadiah Yang Terbaik : 

Kepada kawan - Kesetiaan & tolong menolong.

Kepada musuh - Kemaafan.

Kepada ketua - Khidmat.

Kepada yang muda - Contoh terbaik.

Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.

Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan.




Peace ^^,

Sunday 27 February 2011

Galeri 'Plan Induk Bandar Seri Begawan'

Assalamu'alaikum.

Ahad 27hb Februari, semua ahli kelab PTBB telah membuat lawatan ke Galeri 'Plan Induk Bandar Seri Begawan' - Dewan galeri Jabatan Bandaran, Jalan Catur. Alhamdulillah, lawatan ini berjalan dengan lancar. Segala informasi disampaikan oleh "instructor" di sana. Kami bukan hanya membuat lawatan tetapi ianya juga lawatan sambil belajar. Sedikit sebanyak kami mengetahui plan - plan yang dirancang oleh kerajaan Brunei yang dijangka akan siap lebih kurang pada tahun 2035. Dengan lawatan ini, ianya membolehkan kami semua untuk menyampaikan maklumat pada masa akan datang kepada orang ramai atau pelancong.

Inilah pengalaman kami yang tidak akan dilupakan dan tidak akan disia-siakan. Dengan lawatan ini, kami berharap, orang ramai juga akan membuat lawatan seperti yang kami lakukan, inda kira secara berkumpulan ataupun persendirian.

















Diakhiri dengan ucapan terima kasih yang disampaikan oleh Presiden PTBB Ak. Md Zulhelmi. 



PR & Publicity Unit,
Students of Pusat Tingkatan Enam Katok.

Saturday 26 February 2011

Kejutan

Baju-T PTBB sudah pun diedar-edarkan kepada segelintir ahli kelab PTBB. Baju itu akan dipakai ketika membuat lawatan-lawatan yang sudah di jadual kan. Ianya juga akan digunakan pada esok hari, Ahad, 27hb Februari 2011 ketika membuat lawatan ke (tempat yang akan di beri tahu post yang akan datang) Post yang seterusnya, InsyaAllah akan diisi dengan gambar-gambar lawatan tersebut. Assalamu'alaikum.

Thursday 24 February 2011

Hari Kebangsaan 2011

Hari Kebagsaan Negara Brunei Darussalam yang berlangsung tadi 23hb Februari 2011 amat mengagumkan. Penuntut-penuntut sekolah menengah, maktab-maktab, sektor kerajaan dan sektor swasta turut mengertai dalam pengibaran bendera, perbarisan lalu dan persembahan padang. Di dalam acara-acara tersebut, semua peserta mengibar, berarak dan melakukan persembahan padang dengan penuh semangat dan penuh dengan rasa petriotisma di dalam diri mereka. Bangsa asing juga tidak ketinggalan ikut meyemarakkan hari kebangsaan tersebut dengan memakai baju Cara Melayu dan Baju Kurung. Terbuktilah, penduduk Negara Brunei Darussalam ini bersemangat dan mempunyai rasa cintakan negara terbentuk di dalam diri mereka sendiri.


Miss Azyan, salah seorang guru pengawas PTBB juga tidak ketinggalan untuk meraikan Hari Kebangsaan dengan penuh semangat. 

Walaupun dalam kehujanan, senyuman masih terukir diwajah para penuntut yang turut serta dalam mengibar bendera Negara Brunei Darussalam. inilah yang dikatakan semangat dan cintakan Negara Brunei Darussalam.
Guru dan salah seorang ahli PTBB.
Dalam perbarisan lalu, Pengetua Pusat Tingkatan Enam Katok juga turut sama turun padang.
Para pensyarah PTE Katok.












          Some of the members PTBB was there! :D
                           
Guru - guru perempuan PTE Katok.


                                            "Negaraku Brunei Darussalam"





PR & Publicity Unit,
Students of Pusat Tingkatan Enam Katok.

Tuesday 22 February 2011

Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Hari yang dinantikan oleh rakyat Brunei Darussalam iaitu, Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-27 akan berlangsung pada 23hb Februari 2011M, hari Rabu bersamaan dengan 20 Rabiulawal 1432H. Seperti tahun-tahun yang sudah, Perhimpunan Agung Hari Kebangsaan akan diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan. Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah "Negaraku Brunei Darussalam."

Mengikut sejarah Brunei, Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien pernah menjadi saksi laungan "Allahuakhbar" sebanyak 3 kali semasa mencapai kemerdekaan dan kedaulatannya pada 1 Januari 1984M - yang kemudiannya disambut pada 23hb Februari setiap tahun.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ini dengan penuh keikhlasan dan kecintaan terhadap negara kita sendiri.

BRUNEI DARUSSALAM NEGARA YANG AMAN DAN MAKMUR.

p/s : Some of PTBB's members will be there for marching and waving the flag. :D



PR & Publicity Unit,
Students of Pusat Tingkatan Enam Katok.