Tuesday 15 March 2011

Lawatan Ke Tasek Merimbun was a success and awesome!!

Alhamdulillah, seperti yang dirancangkan. Lawatan kami telah berjalan dengan lancar mengikut yang dijadualkan.  Semua penuntut yang hadir merasa lawatan kali ini adalah yang paling memuaskan. Kami berpeluang untuk mencuba pelbagai aktibiti yang diadakan seperti menganyam bakul, tarian asli Puak Dusun iaitu mengalai. Kami juga berpeluang untuk berjalan - jalan di kawasan Taman Herba dan juga melawat Gelari Muzium Balai Purun. Dan yang paling menyeronokkan kami berpeluang untuk meronda - ronda Tasek Merimbun menggunakan boat yang disediakan. Semasa lawatan ini, sedikit sebanyak kami mengetahui sejarah Puak Dusun.

Semoga dengan lawatan kami ni, akan membuka mata penduduk Brunei supaya mengunjungi Tasek Merimbun. Dan juga pelancong - pelancong dari luar negara dapat berpeluang untuk membuat lawatan ke Tasek Merimbun yang mana, akan meningkatkan lagi industri pelancongan di Negara kita ini.

ps : Gambar-gambar barada post di bawah
Assalamu'alaikum

No comments:

Post a Comment